Deejay Kampung

Kasman, seorang pengendali jentera padi di kampung yang tenang memikul tanggungjawab menyara dua orang isteri dan tujuh anaknya. Untuk menambah pendapatan, Kasman memutuskan untuk memenuhi masa lapangnya sebagai DJ kampungnya. Bermula dengan hobi sambilan berubah menjadi profesion tetap apabila khidmatnya menarik perhatian penduduk kampung. Dengan permintaan majlis berkhatan sampai ke khidmat karoke bergerak, Kasman terpaksa menghadapi situasi-situasi lucu yang tak dijangka – dari tarian poco-poco hingga insiden lucu di majlis perkahwinan. Dalam usaha untuk membahagikan kehidupan keluarga dan kerjaya barunya yang penuh warna, Kasman sedar bahawa khidmatnya menjadi satu keperluan masyarakat kampung sekeliling penuh dengan detik-detik lucu tak terduga.