Kasman, seorang pengendali jentera padi di kampung yang tenang
memikul tanggungjawab menyara dua orang isteri dan tujuh anaknya.
Untuk menambah pendapatan, Kasman memutuskan untuk memenuhi
masa lapangnya sebagai DJ kampungnya. Bermula dengan hobi
sambilan berubah menjadi profesion tetap apabila khidmatnya menarik
perhatian penduduk kampung. Dengan permintaan majlis berkhatan
sampai ke khidmat karoke bergerak, Kasman terpaksa menghadapi
situasi-situasi lucu yang tak dijangka – dari tarian poco-poco hingga
insiden lucu di majlis perkahwinan. Dalam usaha untuk membahagikan
kehidupan keluarga dan kerjaya barunya yang penuh warna, Kasman
sedar bahawa khidmatnya menjadi satu keperluan masyarakat kampung
sekeliling penuh dengan detik-detik lucu tak terduga.